Ikut Prosedurkah?

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/2008
MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH
DAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH PIHAK LUAR


Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian lain termasuk kerajaan-kerajaan negeri yang menganjurkan program dan aktiviti yang melibatkan guru-guru serta murid-murid sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai Kementerian yang diamanahkan terhadap kebajikan dan keselamatan warga sekolah di seluruh negara, Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat semua penyertaan tersebut hendaklah mengikut prosedur sedia ada.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat
Jawatankuasa Integriti dan Keutuhan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24
Mac 2008 telah memutuskan bahawa semua majlis di sekolah seperti Hari AnugerahmCemerlang, Sukan Tahunan dan Mesyuarat Agung PIBG yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan atau individu-individu tertentu, hendaklah memohon kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing.

Sehubungan dengan perkara ini pada 26 JUN 2010 SK Kolapis telah menjadi pelaksana untuk majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin[KWAPM] bagi tahun 2010.
Pihak PPD Beluran telah membuat ketetapan dan menjemput YB Datuk Ronald Kiandee Ahli Parlimen N38 Beluran untuk menyempurnakan penyampaian replika cek kepada beberapa orang Guru Besar di daerah ini.Ini hanya gimik semata kerana ada sekolah sudah menyampaikan wang berkenaan di peringkat sekolah lebih awal.Apa motif di sebalik majlis ini?

Adakah peosedur seperti dalam pekeliling di atas telah dipatuhi?Siapa yang boleh membuktikannya?Siapa sebenarnya yang menjadi master mind dalam perkara ini...

Hal sebegini rupa dapat dilaksanakan tetapi hal dan permasalahan di setiap sekolah berada di tepi.Umpama bunga api apabila diletupkan terang bendarang cahaya di atasnya tetapi dibawahnya tetap gelap.