Terima Kasih PPD

Pada 12 MAC 2010

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Beluran telah mengarahkan saudara Nordin Hj.Masdin Penyelia Pelajaran daerah Beluran untuk melaksanakan satu tugasan dan telah datang ke SK Pekan Beluran.Terlebih dahulu beliau telah menemui Puan Siti Jamilah Sarudin Penolong Kanan Kurikulum(1)kerana guru besar tidak ada atas sebab menghadiri mesyuarat rasmi di Kota Kinabalu.

Saudara Nordin telah datang ke bilik\pejabat saya.Beliau mengemukakan beberapa soalan yang banyak berkisar tentang keadaan kesihatanku.Alhamdulillah segalan yang saya ceritakan menggembirakan beliau kerana keadaanku semakin beransur baik dan bertambah sihat.

Jika dilihat secara kasar apabila saya beralih daripada kerusi roda dan duduk dikerusi empuk memang tidak nempak kekuranganku seolah tidak ada yang berlaku,nampak biasa semata.

Saudara Nordin mula memberikan keyakinan kepada saya dan akhirnya berterus terang yang kedatangan beliau adalah atas arahan Tuan Suhaimi Haji Othman PPD Beluran untuk meminta saya memberikan keputusan sama ada bersetuju atau tidak jika diarahkan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Beluran.

Jawapan Saya adalah TIDAK.Sememangnya sebelum ini pun saya sudah banyak kali menerima risikan atau lamaran untuk bertugas di PPD Beluran dan untuk menjadi guru besar di sekolah berkenaan,namun tidak pernah saya terima.Macamlah jodoh belum tiba atau hati belum terbuka menerima secara lisan.

Jawapan TIDAK bukan bermakna tidak bersedia menerima tugas sebagai pengurus atau pentadbir,tidak bermakna tidak ada keyakinan mahu punmerasa tidak bersedia atau rasa rasa tidak mampu.Bukan itu yang jadi persoalannya.Bagi saya ada lagi orang yang lebih layak daripada saya dan carilah orang itu,itu prinsip saya.

Saya tahu niat baik pihak pengurusan PPD Beluran adalah untuk membantu,menolong dan tidak ingin melihat saya dalam keadaan mungkin susah...dan yang lainnya.

Saya baru bertugas di SK Pekan iaitu bermula pada 06 januari 2010.Saya telah membuat perancangan untuk memperbaiki apa yang lemah dan memantapkan apa yang perlu untuk memastikan perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah ini akan berada di tahap yang terbaik berbanding sekolah-sekolah kecil di daerah ini.Matlamat saya adalah untuk meletakkan Pengurusan Kokurikulum SK Pekan Beluran boleh dicontohi pada suatu ketika nanti.Murid-murid dan guru-guru sudah mula rasa seronok dan kerjasama erat telah dapat saya lihat dan rasakan adalah pendorong untuk merealisasikan bahawa impian bersama akan tercapai kelak.

Kepada Tuan Suhaimi Haji Othman,terima kasih di atas kepercayaan dan keyakinan tuan serta keprihatinan tuan terhadap saya.Insyallah apabila kesihatan saya sudah berada di tahap yang terbaik suatu masa nanti segalanya akan menjadi kenyataan.