Bapa Murid Tidak Berkomitmen

Pada 25 September 2010.Pihak sekolah telah mengedarkan lebih daripada 400 surat jemputan kepada bapa murid tahap 2 sahaja untuk bergotong-royong di sekolah.

Apa yang amat mengecewakan adalah tidak pun sampai 15 orang yang datang daripada lebih 400 orang yang dijemput,tambah dengan guru-guru adalah 23 orang kesemuanya.Bapa murid yang hadir bukannya mereka yang layak menerima sebarang bantuan.....Penerima bantuan selama ini di mana sikap membalas budi dan rasa berterima kasih kepada pihak kerajaan.

Kalau ada agihan bantuan apa lagi kalau melibatkan wang,jemputan jam 8 ibu bapa ada yang datang 2 jam lebih awal daripada itu ke sekolah.

Gotong - royong memindahkan dinding zink dan jambatan di tepi padang sekolah perlu dilakukan atas sebab sekolah akan mengadakan sukan tahunan pada 6-7 Oktober 2010.

Apa kesan terhadap hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa jika perkara sebegini berterusan?

Tiada Komitmen Tinggi

Ikut Hati Luka,Ikut Rasa Binasa.
Seseorang yang telah diberikan mandat bagai ketua dan tarju dalam satu jabatan akan memikul tanggungjawab yang besar dan berisiko.

Pada 27 Ogos 2010.PIBG dan Warga SK Pekan Beluran telah menjemput PPD Beluran dalam satu Majlis Penyampaian Wang Zakat kepada 100 orang murid dan seterusnya Majlis Berbuka Puasa di SK Pekan Beluran.

Semua berasa kecewa kerana yang dijemput adalah Encik James Ratib Ketua Umno Bahagian Beluran dan PPD Beluran sendiri tidak hadir dalam majlis berkenaan.Baguslah lagi Encik James Ratib menghantar Encik Hamdan sebagai wakil namun PPD Beluran seorang daripada berlambak ketua unit dan penyelia di pejabat tidak ada pun diwakilkan ke majlis berkenaan.

Bagi pihak warga SK Pekan malu pun ada,kesal dan kecewa.Macam jemput-menjemput PPD Beluran dalam apa juga acara di SK Pekan sudah bukan sesuatu yang perlu diambil perhatian pada masa akan datang.

Inilah maksud saya dengan kata berisiko.Kalau alang-alang menjadi teraju dalam satu organisasi pastinya ramai yang kecewa dan melabel pelbagai aras kepadanya.Oleh itu jangan menganggap remeh dan jangan mengecewakan harapan tinggi dan penghargaan pihak,orang lain walau mereka itu kakitangan bawahan atau orang kecil bagi kita.

Guru Pembina Negara Bangsa

Sambutan Hari Guru Bagi Setiap Tahun pasinya memberikan sentuhan rasa dan anjakan pradigma kaum pendidik.Biasanya sambutan peringkat kebangsaan,negeri,daerah dan sekolah memberikan ruang dan kesempatan kepada guru merayakannya walau di mana juga para pendidik ini berkhidmat.Inilah penghargaan dan pengikhtirafan yang begitu tinggi terhadap kaum guru.

Bagi saya tahun lepas walau dalam keadaan berkerusi roda tidak ketinggalan merasakan suasana sambutan yang dijalankan di peringkat daerah Beluran.Syukur pada 17 JULAI 2010 Sambutah Hari Guru Peringkat daerah beluran saya hadir tidak lagi berkerusi roda tetapi dengan bertongkat.

Bermakna ada saja perubahan yang kita ada.Pengisian sambutan majlis juga banyak yang berubah.Ada peningkatan.Walaubagaimanapun,ada rungutan rakan guru,ada yang tidak berpuas hati dalam beberapa perkara....segalanya ada benarnya....Berikut adalah suara dan luahan yang saya rakamkan.

1. Mengapa kita menjemput pengacara daripada Radio malaysia Sandakan?Berapa ribu kita kena bayar?
2. Pegawai PPD Beluran,guru-guru besar dan penolong kanan kurikulum ada baju T hari guru.Kenapa tidak semua guru diberi hak yang sama?
3. Tukang gambar tidak menghormati hak orang lain.Membelakangi dan menutup ruang tetamu untuk melihat acara di atas pentas.

Tiga perkara di atas menarik perhatian saya.Saya terus memikirkan rasional untuk tiga maklumat ini.Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi memberikan respon mengkiut kewajaran.

Perkara 1.

Ejen Jualan Langsung Tidak Beretika

Pada 08 JULAI 2010 Jam lebih kurang 8.45 pagi.Saya sedang berbual dengan Cikgu Masri dan Cikgu Suzana di luar pejabat am sekolah.Datang tiga orang[dua orang perempuan dan seorang lelaki] jurujual dan saya tanya apa urusan dan daripada mana.

Tidak seorang pun daripada jurujual itu memberikan respon dan terus mamsuk ke pejabat dan bertanyakan siapa dan di mana guru besar.Tidaklah begiitu lama mereka keluar dan terus menuju ke kelas bersama penolong kanan kurikulum.Jurujual lelaki hanya menyatakan "minta maaflah ya enciki"dan terus berlalu bersamadengan rakan mereka.

Saya bersasa pertanyaan saya yang beradab itu sesuatu yang perlu dijawab oleh sesiapa juga yang dianggap tetamu kami yang datang ke sekolah.Mentang-mentang saya yang menegur adalah orang yang duduk di atas kerusi roda...tidaklah dipandang orang!

Cikgu Masri dan Cikgu Suzanah juga turut rasa terkilan dengan sikap dan perangai jurujual yang tidak beradab dan cara berpakaian yang tidak beretika memasuki permis seperti sekolah.Mereka terlalu bangga kerana membawa surat kebenaran berurusniaga ke sekolah-sekolah dengan membawa surat kebenaran daripada Timbalan Pengarah Pelajaran.

Saya menghubungi pengawal keselamatan supaya memberikan peringatan kepada jurujual berkenaan apabila keluar kawasan sekolah nanti,tidak lagi dibenarkan masuk membawa kenderaan ke kawasan sekolah.

Saya juga mendengar keluhan guru -guru yang kesal terhadap sikap jurujual berkenaan apabila masuk ke dalam kelas untuk mempromosi jualan berupa warna.Terus masuk dan memulakan kempen jualan tanpa meminta izin atau memberitahu untuk apa dan daripada mana mereka ini.

Lebih kurang jam 12.10 tengahari dua orang perampuan jurujual berkenaan telah masuk ke pejabat saya untuk memohon maaf kerana mereka berasa kesal di atas apa yang telah berlaku.

Pengajarannya titiktolak daripada peristiwa ini.

Pihak sekolah harus memikirkan soal kemasukan jurujual ke permis seperti sekolah diperinci sebelum jurujual diberikan peluang.
i. Merujuk kepada keperluan di sekolah
ii. Meminta salinan surat kebenaran JPN dan kesahihan produk dan syarikat
iii. Telah mendapat pas masuk melalui pondok keselamatan
iv. Tidak membenarkan jurujual berurusniaga jika berpakaian tidak beretika
v. Menentukan had masa dan kesesuaian

Ikut Prosedurkah?

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/2008
MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH
DAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH PIHAK LUAR


Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian lain termasuk kerajaan-kerajaan negeri yang menganjurkan program dan aktiviti yang melibatkan guru-guru serta murid-murid sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai Kementerian yang diamanahkan terhadap kebajikan dan keselamatan warga sekolah di seluruh negara, Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat semua penyertaan tersebut hendaklah mengikut prosedur sedia ada.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat
Jawatankuasa Integriti dan Keutuhan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24
Mac 2008 telah memutuskan bahawa semua majlis di sekolah seperti Hari AnugerahmCemerlang, Sukan Tahunan dan Mesyuarat Agung PIBG yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan atau individu-individu tertentu, hendaklah memohon kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing.

Sehubungan dengan perkara ini pada 26 JUN 2010 SK Kolapis telah menjadi pelaksana untuk majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin[KWAPM] bagi tahun 2010.
Pihak PPD Beluran telah membuat ketetapan dan menjemput YB Datuk Ronald Kiandee Ahli Parlimen N38 Beluran untuk menyempurnakan penyampaian replika cek kepada beberapa orang Guru Besar di daerah ini.Ini hanya gimik semata kerana ada sekolah sudah menyampaikan wang berkenaan di peringkat sekolah lebih awal.Apa motif di sebalik majlis ini?

Adakah peosedur seperti dalam pekeliling di atas telah dipatuhi?Siapa yang boleh membuktikannya?Siapa sebenarnya yang menjadi master mind dalam perkara ini...

Hal sebegini rupa dapat dilaksanakan tetapi hal dan permasalahan di setiap sekolah berada di tepi.Umpama bunga api apabila diletupkan terang bendarang cahaya di atasnya tetapi dibawahnya tetap gelap.

Pecah Tembelang

JUN 2010 INI Satu berita menggemparkan di PPD Beluran apabila PPD Beluran menerima laporan daripada wakil ibu bapa yang berani dan bertanggungjawab.Laporan tentang ramainya guru-guru yang tidak berada di sekolah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru.

Sekolah yang dimaksudkan adalah SK SS Sugut Paitan.Sekolah yang tidak ada masalah dari segi perhubungan untuk sampai ke sekolah kerana jalan berturap terus sampai ke sekolah berkenaan.

Agaknya sudah berapa lama pihak ibu bapa bertolak ansur dalam perkara ini,berdiam diri dan sentiasa memberi ruang serta peluang kepada keseluruhan pengurusan sekolah untuk mengubah dan memperbaiki budaya dan keadaan yang amat buruk itu?Akhirnya tidak dapat dibendung rasa geram dan amarah atas sebab hak anak-anak mereka menerima pengajaran yang sempurna daripada guru tidak berlaku.

Ini di SK SS yang tidak ada kesulitan dari segi perhubungan.Dalam sehari, pergi dan balik berurusan di PPD Beluran pun boleh.Apakan lagi sekolah sekolah lain seperti sekolah di pulau,pastinya berlaku senario yang sama dan memang tidak dapat ninafikan.Bayaran BIP kepada kakitangan di sekolah-sekolah berkanaan\pedalaman nampak agak tersasar dan kerajaan tertipu.

Bagaimana dengan pelaporan kehadiran bertugas harian?Biasanya pelaporan ini dihantar ke PPD Beluran untuk dibentang,semuanya adalah dipalsukan belaka..penipuan dan unsur salahguna kuasa telah berlaku di kalangan yang terlibat dengan pengurusan organisasi sekolah berkenaan.

Jika kita lihat, ada di antara sekolah ini yang mencapai peratusan pencapaian jauh lebih baik daripada sekolah pinggir pekan melalui Uijan Pencapaian Sekolah Rendah{UPSR} setiap tahun.Mengapa sedemikian rupa...?tidak janggalkah,tidak menghairankah dan sistem pengawasan UPSR pada masa akan datang perlu diperketatkan.Kita tidak mahu ada BLACK MAGIC...Disebalik keputusan yang tidak telus.

Hosting Web PPD Beluran

Pada 22 Jun 2010 Encik Jusrin Penyelia ICT Daerah Beluran telah datang berjumpa dengan saya.Beliau menyatakan hasrat Tuan Suhaimi Haji Othman PPD Beluran untuk meminta saya mengehosting laman web PPD Beluran.

Laman web PPD Beluran yang ada sekarang ini dikendalikan oleh Encik Samsul daripada Sandakan.Pihak PPD Beluran merasakan terdapat kesulitan dan ketidak lancaran pengurusan kandungan web berkenaan kerana jarak dan lokasi orang yang mengehos web berkanaan,penghantaran bahan dan maklumat menjadi masalah.

Mungkin sudah tiba masanya pengurusan laman web PPD Beluran perlu dikendalikan oleh warga pendidik Beluran sendiri.

Bagi saya tawaran PPD satu penghormatan dan pengiktirafan terhadap hasil kerja saya dengan menghoskan web SK Kolapis dan SK Pekan Beluran satu perkiraan saya boleh buat kerja berkenaan.Saya sebenarnya tidak mempunyai kursus atau pengetahuan khusua untuk membina danmembangunkan laman web atau blog.Kemahiran yang saya hanya pelajari dalam penerokaan dan pembelajaran sendiri.Saya bimbang ini tidak memadai dan tidak menjamin pengehosan web PPD Beluran ke tahap yang dikehendaki.

Ramai lagi yang berkebolahan sebenarnya di daerah ini cuma mungkin tidak dapat dikesan kerana tidak tertonjol.Tuan Nordin di PPD Beluran apa kurangnya memang handal juga,beliau yang membangunkan laman web SMK Beluran Bestari.

Apapun saya akan cuba yang terdaya,bantuan rakan guru yang lain dan mereka yang lebih pandai mohon dikongsikan segala kepakaran itu.Saya berharap matlamat Tuan Suhaimi Haji Othman akan menjadi realiti untuk ingin melihat perkembangan PPD Beluran melalui saluran media atas talian dan seterusnya membolehkan semua laman web sekolah daerah Deluran dapat dibangunkan,mendapat menafaat dan tidak akan terbangkalai secara berterusan seperti yang berlaku sekarang.

Pihak PPD Beluran hendaklah mengatur dan mengurus domain baru\tapak baru kerana Encik Samsul tidak mahu menyerahkan kuasa hosting web yang sedia ada.

Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tidak berani...

Pemantauan JPN Tidak Efesyen

Pada 21 Jun 2010,hari pertama persekolahan semester 2 beberapa buah sekolah sekitar Pekan Beluran telah dipantau oleh pegawai-pegawai daripada JPN Sabah.

SK Pekan sendiri telah di dipantau Oleh Encik Ahmad Subari,Encik Dikin dan Encik Mojuntin.Mereka telah mengedarkan borang yang perlu diisikan oleh guru-guru;-
1. Rekod kehadiran bertugas[datang lewat dan ketidakhadiran]
2. Aspek penyediaan buku rekod mengajar dan yang berkaitan
3. Kehadiran dan buku kerja murid.

Guru akan dipanggil dan akan bersoaljawab berkaitan dengan perkara di atas.Sedihnya mereka tidak dapat memantau keseluruhan guru di SK Pekan.Mereka mengambil masa sehingga 2 jam untuk seorang guru,mereka lupa jumlah guru yang dipantau kerjanya seramai 63 orang[33 guru sidang pagi dan 30 guru sidang petang].

Sudah bertukar sidang pembelajaran pun belum habis memantau guru sidang pagi.Akhirnya pemantau meminta guru besar mengutamakan guru-guru lama[seniour].Apa guru-guru lama inilah pula difokus.guru-guru seniour ini malas dan tak lengkap kerjanyakah?

Akhirnya mereka hanya sempat memantau 2-3 orang guru sidang petang dan balik.Mengapakah tidak ada perancangan masa untuk memantau jumlah guru yang ramai,mereka dalam keadaan tidak stabil emosinya semasa bersoaljawab kerana tertekan dengan masa.Rasanya dapatan dan matlamat pemantauan itu tidak adil kepada guru dan tidak memenuhi skima pemantauan.

Berimbal Atau Pembaziran

Elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250. Inilah yang menggembirakan guru-guru pedalaman yang semakin mendapat perhatian dan keutamaan Kementerian Pelajaran.

Apa rasional dan realiti yang terhasil daripada ganjaran sebegitu rupa?
Apa manafaat yang diperolehi oleh pihak kementerian sejak insentif ini dilaksanakan?
Apa manafaat yang diperolehi oleh murid di kawasan pedalaman?
Apa manafaat kepada penerima insentif berkenaan?

Kewajaran yang dikehendaki oleh pihak kementerian adalah;
1. Jumlah murid atau pelajar daripada sekolah pedalaman yang memperolehi gred cemerlang dalam setiap ujian\peperiksaan untuk setiap subjek seharusnya meningkat.
2. Penambahan jumlah memasuki sekolah berasrama penuh dan tawaran daripada Yayasan Sabah dan sebagainya.
3. Penonjolan kecemerlangan guru yang melibatkan kerativiti,inovasi dan penghasilan kerja seharusnya melebihi daripada yang tidak berinsentif.
4. Kecemerlangan pengurusan sekolah yang melibatkan pentadbiiran dan keceriaan.
5. Mempunyai kecemerlangan pengurusan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Bagaimana jika 5 fakta umum di atas tidak tercapai?Pastinya mereka yang terlibat itu akan terus berhutang kepada kementerian amnya dan kepada kerajaan khasnya.
Keberhutangan yang terabai inilah yang menimbulkan ketidak seimbangan kepada mereka yang berada di kawasan yang tidak menerima Bayaran Imbuhan Pedalaman[BIP].

Adakah Telus Dan Adil?

Seawal Tahun 2010 penekanan terhadap rekod dan pelaporan tentang kehadiran bertugas staf sekolah telah diketengahkan dan dibentang serta dilaporkan secara bulanan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah.Di sini saya fokus kepada daerah Beluran yang kelak mewakili daerah dan sekolah lain.
Penilaian dan tumpuan terhadap rekod pelaporan sudah semestinya secara menyeluruh dan tertumpu kepada semua sekolah di kawsan Bandar,pinggir pekan dan seterusnya yang berada di pedalaman serta sekolah di pulau- pulau.
Sejauh mana telusnya semua guru dan AKS di sesebuah sekolah berkenaan merekod kehadiran semasa tiba bertugas,semasa balik bertugas,keluar berurusan semasa bertugas dan yang belik awal semasa bertugas.
Semua rekod-rekod berkaitan di atas yang sepatutnya selaras akan menjadi tidak sedemikian rupa apabila satu keperluan dan kepentingan harus dipenuhi.Satu analisis berasigan dan andaian perlu di tetapkan dan diambil perhatian mengikut lokasi sesebuah sekolah.Persainagn di antara sekolah dalam bandar,pinggir pekan mungkin hampir sama ceritanya.
Apa yang membimbangkan dan meragukan ialah rekod kehadiran bertugas bagi kakitangan sekolah di pinggir pekan dan lebih-lebih lagi di sekolah pulau-pulau dan pedalaman.TELUSKAH segala rekod itu…?
Tambahan pula lagi yang terbaru adalah pihak sekolah perlu melaporkan dengan melengkapkan borang maklumat kehadiran beranalisis daripada lembaga tatatertib lagi bagaimana keadaan pelaporan pihak pengurusan sekolah?
Tumpuan harus diberikan kepada rekod-rekod yang berkaitan dengan sekolah di pinggir pekan,sekolah di pulau dan pedalaman.Mereka ini dibayar BIP yang sedang dinaikkan lagi jumlah nilai bayaran.Benarkah kakitangan sekolah berkenaan memenuhi tidak kurang daripada 28 hari berada di sekolah setiap bulan? Atau 20 hari bekerja dalam sebulan?
Ini sesuatu yang amat mustahil…..mengapa tidak….setiap kakitangan pasti akan keluar ke Bandar terdekat untuk mengeluarkan gaji dan berbelanja…itulah lumrahnya…tapi berapa hari mereka berada di Bandar?sebelum kembali bertugas ke sekolah…Bagaimana dengan relavannya rekod kehadiran bertugas yang dilaporkan?Di sinilah kita harus berfikir panjang….tentang ketelusan …keraguan dan ke kesahihan laporan kepada PPD dan LT.Berapa hari yang diperlukan oleh seseorang kakitangan sekolah untuk keluar mengambil gaji\berbelanja dan seterusnya kembali bertugas semula?
Siapa boleh mempersoalkan fakta ini…saya sudah menjejaki kesemua sekolah di zon pulau dan Sugut Paitan.Kemungkinan dan andaian bukan satu yang ragu-ragu bagi saya.

Barulah Terjawab Setelah Terlanjur

Saya telah melahirkan rasa kesal dalam ruangan Kecewa Dengan Pengurusan Sektor sebelum ini.Satu kenyataan yang telah dan sebenarnya kami luahkan secara jujur mengikut apa yang telah berlaku.

Segalanya terjawab,saya faham pihak yang terlibat dengan pengurusan di peringkat sekolah juga telah faham apabila pihak PPD Beluran telah mengedarkan Surat Pekeliling Ikhtisas yang jelas menerangkan tentang apa yang berkaitan.

Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan yang bertarikh 31 Mac daripada JPN dan telah diendos di PPD Beluran 3 MEI 2010.Betulkan....atau memang dikehadapankan tarikhnya....?Untuk tujuan mengelak daripada dipersalahkan dengan satu situasi berkaitan penyertaan Konvensyen Dr.Muda peringkat negeri Sabah daripada SK Pekan Beluran 3- 5 MEI 2010,.Yang saya dakwa tidak mendapat kerjasama pihak PPD Beluran.

Kecewa Dengan Pengurusan Sektor

Siapa berani sila berdiri..berhujahlah kamu...di atas nama dan pengkat kamu yang diberikan amanah untuk duduk dikerusi empuk....Ada gaya ..ada WATAK....Tapi Perlaksanaan Pengurusan beberapa bahagian AMAT MENGECEWAKAN Sungguh...

Kalau tidak ada orang yang berani memperkatakan tentang ini...siapa lagi...sampai bila kita tertipu dan diurus oleh pegawai yang tidak sepatutnya sedemikian kesudahan dan keputusan sesuatu perkara melibatkan tanggungjawab pengurusan..Tiada ketetapan pendirian...Siapa lagi yang akan terus percaya dangan kewibawaan pegawai sedemikian...rupa cara dalam mengurus,siapa tidak kecewa dengan keputusan yang amat mengecewakan di saat-saat akhir.Saya tidak suka dijanji...dibohongi...dibayangi tanggungjawab yang akhirnya anda boleh cakaplah apa kamu suka.....seperti saya ini.

Mungkin sudah terlalu banyak yang perlu kita cakap tentang pengurusan beberapa sektor di PPD Beluran sekarang tidak stabil.Kerja orang lain dibuat kerja sendiri terabai...dan kerja orang lain pula orang lain juga yang melaksanakannya. yang akhirnya menyebut secara keseluruhan pengurusan dan pentadbiran pejabat,yang akhirnya ada terpalit oleh lumpur bawaan segelintir orang.Kita dapati hanya beberapa orang tertentu yang bertugkuus lumus melaksanakan tugas kerana menyedari tanggungjawab akhirnya berkotban tenaga dan wang ringgit atas sebab kalau tidak bagaimana lagi...bantuan dan sokongan pengurusan pejabat sendiri tidak ada.

Terlalu banyak kepincangan pengurusan dan berlaku..ini yang saya tahu di atas kerusi roda....entah bagaimana banyaknya yang berlambak yang orang lain banyak tahu tetapi nak buat macam mana..?

Sebagai orang yang terlibat dalam pengurusan Kokurikulum di SK Pekan Beluran terlalu amat kecewa dengan tindakan dan keputusan Peringkat PPD Beluran dengan satu program Jabatan Kesihatan Yang Melibatkan penyertaan Murid SK Pekan Beluran Dan SK Sg.Nangka.Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri ini adalah penyertaan sekolah mewakili sekolah-sekolah Daerah Beluran.

Apa yang Pegawai daripada PPD Beluran beri dan bantu terhadap penglibatan ini?.Pertama berjanji menyediakan kenderaan sebagai pengangkutan peserta..akhirnya berubah keputusan.Pada 29 April di PPD Beluran telah diadakan perbincangan dan dan pada dasarnya pegawai yang ada di PPD Beluran tidak daya usaha...tiada apa yang boleh dibuat..akhirnya Pn.Jaimah daripada SK Pekan[Guru pengiring] yang berusaha mencari kenderaan bukan pegawai daripada PPD Beluran.Sangat mendukacitakan apabila Encik Zainal Abidin sendiri memaklumkan melalui surat bertarikh 30 April 2010 menyatakan pihak PPD Beluran tidak dapat menyediakan kenderaan seperti yang dibincangkan.Tidak ada bantuan bayaran kewangan sewaan kenderaan berkenaan.Bertlok 3 Mei ke Beaufort.Apa perasaan anda sebagai orang yang terlibat dengan pengurusan ini di peringkat sekolah...??Dalam kita mengharap bantuan Pihak Pengurusan PPD Beluran Akhirnya unpama poket pokai....

Satu tindakan yang bukan menyokong sesuatu program dapat dilaksanakan malah menggagalkannya.Alasan yang dikemukakan adalah pihak pejabat sudah menyalurkan kewangan Kokurikulum kepada sekolah.

Pihak sekolah sendiri telah mengambil tindakan untuk membiayai sebahagian besar perbelanjaan iaitu RM586.00 dengan kewangan kokurikulum.Kita harus faham bahawa kewangan kokurikulum bukannya diguna sebarangan ada pecahan dan peratusan penggunaan setiap unit dalam pengurusannya.Jangan ini jadi alasan untuk tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa program sekolah.

Pada 3 Mei seawal pagi pasukan ini bertolak Puan Kasmih Bollah datang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Beluran dan mewakili ketua sektornya menyaksikan masa bertolak pasukan doktor muda SKPB dan SKSN semasa bertolak ke Beaufort.Saya melahirkasn rasa kesal dan meluahkan rasa hari saya kepada Pn.Kasmih.Beliau menyatakan ada menghantar sms kepada PPD sendiri dan kepada En.Zainal untuk menyatakan perkembangan urusan penyertaan program ini tetapi kokonnya tak ada respon.MENGAPA....???Patutkah ini boleh berlaku....Apa tahap kepercayaan kita terhadap pengurusan pejabat Pelajaran Daerah Beluran sekarang ini....Pn.Zaimah ada hantar sms kepada saya Pn.Kasmih menderma RM 50.00 bagi Pihak Pengurusan PPD Beluran kepada kontinjan ini.Apa itu sajakah yang Pihak PPD Boleh buat...????

Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan kenyataan ini..sila hubungi saya 0198704125 atau panggil saya ke PPD Beluran.Lebih banyak certia dan isu saya boleh jelaskan.

Penstrukturan Perjawatan Di PPD Beluran

Sebelum diwujudkan penstrukturan perjawatan dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Beluran[PPDB],kita dapati lebih mudah,senang,ceria dan ada keberkesanan tentang apa juga yang melibatkan urusan pihak sekolah atau individu guru dengan PPDB.

Penstrukturan itu sebenarnya memperlengkapkan sesebuah PPD seluruh Malaysia di mana pegawai yang layak dan berkebolehan dalam bidang tertentu sahaja yang diutamakan menegang tanggungjawab berkenaan.Sebelum ini hanya dengan seorang Pegawai Pelajaran,Penyelia yang melibatkan Perjawatan[kurikulum],Kokurikulum,Pembangunan,Pendidikan Islam dan Moral,penyelia data dan maklumat.

Dengan penstrukturan dan pewujudan seperti Ketua Sektor Pegurusan Akademik\Pembangunan\Kurikulum\Kokurikulum\Pendidikan Islam dan Moral\Data dan Maklumat.Ketua-ketua sektor ini pula adalah terdiri daripada guru-guru siswajah[ DG41]yang dilantik melalui jabatan dan tidak kurang ramainya yang ditempatkan atau dipinjamkan secara pentadbiran.

Ketua -ketua sektor ini pula dibantu oleh beberapa orang penyelia yang terdiri daripada guru-guru bukan siswajah DGA 29\32\34 juga ada yang dilantik melalui jabatan dan ramai yang dipinjamkan secara pentadbiran sahaja.

PERSOALANNYA
Terima Kasih PPD

Pada 12 MAC 2010

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Beluran telah mengarahkan saudara Nordin Hj.Masdin Penyelia Pelajaran daerah Beluran untuk melaksanakan satu tugasan dan telah datang ke SK Pekan Beluran.Terlebih dahulu beliau telah menemui Puan Siti Jamilah Sarudin Penolong Kanan Kurikulum(1)kerana guru besar tidak ada atas sebab menghadiri mesyuarat rasmi di Kota Kinabalu.

Saudara Nordin telah datang ke bilik\pejabat saya.Beliau mengemukakan beberapa soalan yang banyak berkisar tentang keadaan kesihatanku.Alhamdulillah segalan yang saya ceritakan menggembirakan beliau kerana keadaanku semakin beransur baik dan bertambah sihat.

Jika dilihat secara kasar apabila saya beralih daripada kerusi roda dan duduk dikerusi empuk memang tidak nempak kekuranganku seolah tidak ada yang berlaku,nampak biasa semata.

Saudara Nordin mula memberikan keyakinan kepada saya dan akhirnya berterus terang yang kedatangan beliau adalah atas arahan Tuan Suhaimi Haji Othman PPD Beluran untuk meminta saya memberikan keputusan sama ada bersetuju atau tidak jika diarahkan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Beluran.

Jawapan Saya adalah TIDAK.Sememangnya sebelum ini pun saya sudah banyak kali menerima risikan atau lamaran untuk bertugas di PPD Beluran dan untuk menjadi guru besar di sekolah berkenaan,namun tidak pernah saya terima.Macamlah jodoh belum tiba atau hati belum terbuka menerima secara lisan.

Jawapan TIDAK bukan bermakna tidak bersedia menerima tugas sebagai pengurus atau pentadbir,tidak bermakna tidak ada keyakinan mahu punmerasa tidak bersedia atau rasa rasa tidak mampu.Bukan itu yang jadi persoalannya.Bagi saya ada lagi orang yang lebih layak daripada saya dan carilah orang itu,itu prinsip saya.

Saya tahu niat baik pihak pengurusan PPD Beluran adalah untuk membantu,menolong dan tidak ingin melihat saya dalam keadaan mungkin susah...dan yang lainnya.

Saya baru bertugas di SK Pekan iaitu bermula pada 06 januari 2010.Saya telah membuat perancangan untuk memperbaiki apa yang lemah dan memantapkan apa yang perlu untuk memastikan perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah ini akan berada di tahap yang terbaik berbanding sekolah-sekolah kecil di daerah ini.Matlamat saya adalah untuk meletakkan Pengurusan Kokurikulum SK Pekan Beluran boleh dicontohi pada suatu ketika nanti.Murid-murid dan guru-guru sudah mula rasa seronok dan kerjasama erat telah dapat saya lihat dan rasakan adalah pendorong untuk merealisasikan bahawa impian bersama akan tercapai kelak.

Kepada Tuan Suhaimi Haji Othman,terima kasih di atas kepercayaan dan keyakinan tuan serta keprihatinan tuan terhadap saya.Insyallah apabila kesihatan saya sudah berada di tahap yang terbaik suatu masa nanti segalanya akan menjadi kenyataan.

Percepatkan Paparan

Komputer Bermasaalah?

Pada 20 Mac 2010 satu program Outreach yang melibatkan Pengurusan Pendidikan Khas peringkat daerah Beluran yang diadakan di SMK Beluran Bestari.

Yang diamanahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Beluran untuk merasmikan majlis ini adalah Encik Dalmansah Tahil selaku pegawai kanan daripada PPD Beluran.

Dalam majlis sambutan dan sematan bunga diberikan kepada En.Nordin Hj. Masdin.

Yang berucap dalam perasmian Encik Dalmansah.Lucu dan tidak ikut protokol.....??

Elak 7 Perkara Di Facebook

Sejarah Susunan Keyboard

Pemulihan Semula Fail

Berita Terkini

Terima Kasih Kerajaan

01 - Designer: Douglas Bowman | Dimodifikasi oleh Abdul Munir Original Posting Rounders 3 Column