Hosting Web PPD Beluran

Pada 22 Jun 2010 Encik Jusrin Penyelia ICT Daerah Beluran telah datang berjumpa dengan saya.Beliau menyatakan hasrat Tuan Suhaimi Haji Othman PPD Beluran untuk meminta saya mengehosting laman web PPD Beluran.

Laman web PPD Beluran yang ada sekarang ini dikendalikan oleh Encik Samsul daripada Sandakan.Pihak PPD Beluran merasakan terdapat kesulitan dan ketidak lancaran pengurusan kandungan web berkenaan kerana jarak dan lokasi orang yang mengehos web berkanaan,penghantaran bahan dan maklumat menjadi masalah.

Mungkin sudah tiba masanya pengurusan laman web PPD Beluran perlu dikendalikan oleh warga pendidik Beluran sendiri.

Bagi saya tawaran PPD satu penghormatan dan pengiktirafan terhadap hasil kerja saya dengan menghoskan web SK Kolapis dan SK Pekan Beluran satu perkiraan saya boleh buat kerja berkenaan.Saya sebenarnya tidak mempunyai kursus atau pengetahuan khusua untuk membina danmembangunkan laman web atau blog.Kemahiran yang saya hanya pelajari dalam penerokaan dan pembelajaran sendiri.Saya bimbang ini tidak memadai dan tidak menjamin pengehosan web PPD Beluran ke tahap yang dikehendaki.

Ramai lagi yang berkebolahan sebenarnya di daerah ini cuma mungkin tidak dapat dikesan kerana tidak tertonjol.Tuan Nordin di PPD Beluran apa kurangnya memang handal juga,beliau yang membangunkan laman web SMK Beluran Bestari.

Apapun saya akan cuba yang terdaya,bantuan rakan guru yang lain dan mereka yang lebih pandai mohon dikongsikan segala kepakaran itu.Saya berharap matlamat Tuan Suhaimi Haji Othman akan menjadi realiti untuk ingin melihat perkembangan PPD Beluran melalui saluran media atas talian dan seterusnya membolehkan semua laman web sekolah daerah Deluran dapat dibangunkan,mendapat menafaat dan tidak akan terbangkalai secara berterusan seperti yang berlaku sekarang.

Pihak PPD Beluran hendaklah mengatur dan mengurus domain baru\tapak baru kerana Encik Samsul tidak mahu menyerahkan kuasa hosting web yang sedia ada.

Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tidak berani...